Wednesday, April 8, 2009

Tokoh-Tokoh

Tokoh pemimpin yang tak bersih adalah yang paling popular.
Kalau kita boleh ikut pecah amanah,
Kalau kita boleh ikut berbohong,
Kalau kita boleh ikut jadi saksi palsu,
Kalau kita boleh ikut kebas duit anak yatim,
Budak2 mana tahu nak pakai duit.
Kita adalah calon2 yang terbaik untuk jadi pengikut yang setia.

Kalau kita pandai mengampu,kita akan dapat pulangan yang lumayan.
Kalau kita pandai simpan rahsia,adalah yang terbaik.
Kalau kita nampak projek yang menguntungkan,akan jadi anak emas.

Tokoh pemimpin ugama adalah yang paling tidak popular.
Tokoh ini ditolak kerana terlalu banyak larangan.
Amanah sangat,kebas sikit2 pun tak mau.
Tak tahu nak berbohong lansung,sikit2 pun tak boleh.
Kalau jadi saksi,alamat ramailah yang kena.
Duit anak yatim tak boleh usik lansung.

Apakah kita akan selamat didunia dan akhirat.
Apakah pilihan kita tepat.
Apakah kita akan terus menyerah tanpa berusaha.
Apakah kita serahkan semuanya kepada Allah.
Apakah kita terlupa yang maknusia adalah makhlok yang sempurna.
Apakah kita terlupa siapakah khalifah dimukabumi ini.
Apakah kerosakan dunia ini kerana tangan2 maknusia.
Apakah kita akan hidup menongkat dunia.
Apakah kita telah melupakan sejarah.
Apakah pandangan kita kepada AlQuran dan Hadith.

Yang Pasti,Kita Adalah Tokoh2 Yang Akan Berada Disemua Situasi.
DiShorga,DiNeraka Disediakan Untuk Maknusia Yang Memegang
Watak2 TOKOH.

Tuesday, March 31, 2009

Kata dan Kata

Orang Kata; Ngapa oranga kita sekarang ni suka sangat tak mahu dengar pendapat orang lain,asyik nak pakai penadapat dia aja,dia aja yang betul.Orang lain semuanya salah.
PakDin Kata; Sebab orang kita cuma ada mulut aja,tapi takada telinga.
Orang Kata; Lepas tu,suka2 je tunjuk kesalahan diri sendiri disebabkan oleh orang lain.
PakDin Kata; Sebab orang kita cuma ada jari telunjuk aja.Tunjuk tulang belakang orang,tapi dia tak boleh tunjuk
tulang belakang dia sendiri.
Orang Kata; Takada otak ke!
PakDin Kata; Ada dua persamaan antara kepala kereta api dan kepala lutut.Duadua takada otak.Tetapi kepala maknusia ada otak,tapi tak tahu nak guna.
Orang Kata; Sampai bila orang2 kita boleh bersatu,menjadi satu bangsa yang kuat,yang berilmu,yang boleh dibanggakan diseluruh dunia.
PakDin Kata; Sampai bila2 pun tak boleh.Silap2 satu hari nanti kita tak dapat mengenal bangsa kita sendiri.
Rambut dah warnawarni,ada yang macam balong ayam jantan.Hidung tak kemek lagi.Makan dah westernfood je. Makan dah tak pakai tangan.Menyambut hari kelahiran dengan kek dan tiup lilin,Biji mata dah warna biru,hijau.Kan semua tu boleh ubah.
Orang Kata; Diaorang tak belajar ugama ke!
PakDin Kata. Belajar!!!. Tapi ugama tu kolot.Itu tak boleh,ini tak boleh.Kalau asyik nak pergi solat je,macam mana
nak enjoy.Lima kali pulak tu.Lepas tu kena puasa sebulan,Huh mana boleh tahan berlapar.Ugama lain boleh makan
sepanjang tahun.
Orang Kata; Eh!,kan sekolah ugama ada ajar tu semua.
PakDin Kata; Memanglah ada ajar.Tapi itu semua untuk lulus pepereksaan je.Lagi pun ugama tak lulus takpe
asalkan sains,matermatik.bahasa inggeris dan bahasa melayu lulus.
Orang Kata; Habis tu nak buat macamna.
PakDin Kata; Biarlah.Kita ikut ajalah.Sebab generasi orang kita yang akan datang bukan lagi Melayu.
Timur pun bukan,barat pun bukan,orang utan pun bukan,orang pekan pun bukan,orang laut pun bukan,orang darat pun bukan.
Nasehat PakDin; Kembalilah kepada AlQuraan dan AlSunnah.Kerana itulah jalan yang benar.Kita pernah dijajah british.
Negara kita sudah pun merdeka.Tetapi apakah minda kita sudah merdeka.Kita ni maseh lagi mewarisi budaya british.
British meninggalkan wabak,yang sekarang ni sudahpun menular didalam minda orang kita.
PENAWARNYA SANGAT MUDAH DIDAPATI.
1. Memegang Amanah.Jangan Pecah Amanah.
2. Bercakap Benar.Jangan Berbohong.
3. Berjanji Benar.Jangan Mungkir.
4. Saksi Benar,Jangan Saksi Palsu.

Thursday, March 19, 2009

Bahasa Ibunda Ku

Aku sangat bangga dengan bahasa melayu.yang dulunya ada 4 perkataan aja,Makan,Mati.Babi.Ubi.
Tapi sekarang dah jadi bahasa yang bertaraf dunia.
Sekarang ni nampaknya bahasa melayu,perkataannya sedang bertambah2,hari demi hari.
Hai BRO,silap dengar macam HAI BEROK.
SO.NOW camna,GUA lansung tak EXPECT LU boleh buat COOL je,BORING betullah LU ni.AND THEN.pulangkan balek GUA punya CASH yang LU BORROW tu.BLAH BALH.GET LOST.
HALLO BROTHER janganlah HOT ngat.Kita ni kan BEST FRIEND.NOTHINGlah.SMALL MATTER ajelah.
Tahniah. Tak secara lansung kita lebih advance daripada DBP.
Sombong betul bangsa Jepun.Korea,German.Perancis.Cina.Lansung tak mahu gunakan bahasa Inggeris,mereka tak tahu ke bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu.Tengok negara kita.kerana bahasa Inggerislah keputusan peperiksaan SPM 2008 sangat baik.Tapi takkan itu aja kut.
Sebab apa agaknya Jepun.Korea.German.Perancis.Cina.sombong sangat.
Tengok CEO kita dalam tv.semua cakap Inggeris.Sebijik macam orang puteh.
Tengok pulak Setiausaha PBB.orang Korea tu.Terok betul Inggeris dia.
Amacam kalau kita semua Rakyat Malaysia,tunjukkan kepada dunia yang kita ni macam orang putih.Kita makan
Westernfood.Kita minum wisky danBBQ.Mistinya BEST punya.Makanan tradisional mana ada klass.
Nak jadikan cerita,dulu saya ada kawan matsaleh.namanya Keegan(bukan footballer tu).Nak tahu apa dia cakap!.
Dinegara aku ada Pub.Disco.Concert Rock.Pelacur.Kasino.Orang mabok arak dimerata2 tempat.Orang yang hampir2 tak berpakaian dimana2ada.Orang menagih dadah.Pencuri2.Aku dah jemu dengan keadaan macam tu,Keruntuhan
moral,takada maruah dan budaya setan.Aku nak mencari satu tempat yang aku boleh dapat ketenangan.Aku pun datang keMalaysia.Tapi aku dah tersalah.Malaysia lebihkurang sama aja macam negara aku.Apa yang ada dinegara aku ada juga diMalaysia.
Tahniah kepada rakyat Malaysia.Menjadi Klon Barat.

Tuesday, March 17, 2009

Duludulu &Sekarang

Kalau dulu,waktu maghrib,Anak2 mengaji.
Tapi sekarang,waktu maghrib,Anak2 nonton tv.
Kalau dulu,Anak2 hormat Ibubapa.
Tapi sekarang,Anak2 besar kepala.
Kalau dulu,rambut tak bersikat meremang.
Tapi sekarang,pesen rambut macam siamang.
Kalau dulu,dah kahwin baru dapat anak.
Tapi sekarang,belum kahwin dah beranak.
Kalau dulu,Anak dara tak menyanyi didapur.
Tapi sekarang,Anak dara melalak,takada sapa nak tegor.
Kalau dulu,Anak dara tak keluar rumah.
Tapi sekarang,Anak dara tak duduk rumah.
Kalau dulu,Lelaki tak tahu memasak.
Tapi sekarang,Lelaki jadi tukang masak.
Kalau dulu,Isteri hormat suami.
Tapi sekarang,Suami takut bini
Kalau dulu.Bukan Suami takut bini.
Tapi sekarang,Isteri yang tak takut suami.
Kalau dulu,Murid2 takut guru.
Tapi sekarang,Murid2 pukul guru.
INILAH TANDA2 DUNIA SUDAH TERBALIK.
KITA SEMUA DAH NAK BALIK.

Monday, March 16, 2009

Salasilah

Aku lahirkan diMalaysia.yang dulunya dikenali sebagai Malaya,tapi sebelum tu Tanah Melayu.
Bangsa ku adalah bangsa yang terkenal dengan budi-bahasanya,lemah-lembut, pemurah, baikhati,suka menolong,Memang sudah terbukti.Itulah Malaysia.

Rakyat Malaysia berbilang kaum.Semua kaum diberi keistimewaan,bebas berugama,bebas mengumpul harta.Tiada halangan.Sahinggakan bilionare Malaysia pun bukan Melayu.
Tapi bangsa ku tak kesah pun.Sebab yang diperlukan olih bangsa ku hanyalah pujukan,ampuan,
pujian,pangkat,kedudukan,kuasa.Bangsa ku akan beri apa saja,asalkan dapat yang diinginkan.

Saperti Perpatah Bangsa Ku.
Menang Sabung,Kampung Tergadai.
Berok DiHutan Disusukan,Anak DiRumah Mati Kelaparan.

Monday, March 2, 2009

Muslimin dan Muslimat

Assalamualaikum.Kepada Muslimin dan Muslimat.Mukminin dan Mukminat, terutamanya Melayu ditanahiar ku Malaysia ini.
Apakah yang sebenarnya yang telah terjadi kepada Melayu diakhir zaman ini.Renungkanlah,apakah kita akan terus
maju kehadapan atau kita hanya tertinggal dibelakang.Kita telah terlupa atau buat2 lupa,Kita adalah TUAN ditanahair
kita ini.Apakah TUAN, hidup hampir2 merempat ditanahair sendiri.
Apakah sejarah tidak mengajar kita.Atau kita memang bangsa yang tidak tahu sejarah.Atau kita memang bangsa
yang tidak ada sejarah.Yang penting.kalau kita memang bangsa yang ada sejarah,ingatlah,berubahlah,bangunlah dari
mimpi indah yang melarutkan kita kedalam `alamSEJARAH.`alam KENANGAN,seolah2 Melayu tidak pernah ujud,
Hanya satu lagenda.Tidak menunjukkan tanda2 kewujudannya.
Sakibaki Melayu yang tinggal hanya mampu meleleh airlior melihat segala khazanah tanahair kita dinekmati olih orang
lain.
Ingat.kerana lemahnya Melayu,Portugis masok.
Ingat.kerana lemahnya Melayu,British masok.
Ingat,kerana lemahnya Melayu,Jepun masok.
Ingat,Kerana lemahnya Melayu,Kominis masok.
Ingat.kerana lemahnya Melayu,Orang2 Cina masok melombong bijih.
Ingat.kerana lemahnya Melayu,Orang2 India masok estet dan buat jalanraya.
Itu dulu2.
Tapi sekarang.
Indon masok,Bangla masok,Negro masok,Burma masok,Rohinya masok,Gurgha masok,Filiphina masok,
Yang mereka nak bawa keluar apa?,Mestilah duit kita,teknologi kita,budaya kita,budipekerti kita,lemahlembut kita,
bodoh kita.Tapi apa pula yang mereka tinggalkan?.Najis mereka.Fikir2kanlah apa yang saya maksudkan Najis tu.
Tetapi yang terbaik masok ialah Mubaligh2 Islam,dan akhirnya semua Melayu masok Islam.
Tetapi semenjak duamenjak ni dah ada pulak Melayu keluar Islam.
Apakah yang telah kita lakukan! Kesilapan demi kesilapan.
Fikirk2anlah wahai bangsa ku.
Jangan ashik bercakaran.Menegak benang basah.
Kembalilah kepada Islam
Al-AsrDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)
Al-FalaqDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. (5)
An-NasrDengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); (1) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; (2) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. / (3)